Hari keempat sebelum balik di Nagoya
Malam ketiga diner kat nagoya city dengan memba brother
Hari kedua kat jepun hari pertama tak sempat nak ambil gambar
Sibuk?adakah satu sidrom atau penyakit
Gambar Family semasa raya
Esok raya ....
Malam nih aku ngan wife pegi shoping kat tesco nak beli barang skit untuk buat jamuan raya kat umah baru ni.Masa kat tesco aku jumpa memba tempat kerja si Jamil dia pun kuar shoping gak ngan wife dan anak dia.Cadang raya esok menu aku nak buat spageti ,barang dah beli esok saja la.Esok aku yang masak wife jaga anak sesiapa yang nak datang mai la..kecil umah aku padang kota aku tadahkan .Hari nih juga handset aku tak henti henti sms dari kawan-kawan ucap selamat hari raya macam bentuk mesage aku dapat pantun la betuk gambar dalam tulisan ,image macam2 .terkenang semasa dulu masa tu handset bukan keperluan lagi banyak gak dapat kad raya sekarang zaman dah berubah kad raya di ganti sms dan mms cangih2.
Antara sms yang aku dapat bunyi dia macam ni....
"tangan ku hulurkan tak kesampaian senyuman ku ukirkan tidak kelihatan,sms ku kirimkan buat mu insan berjauhan sebagai tanda ingatan di hari lebaran,Selamat hari raya aidillfitri maaf zahir dan batin "Kiriman dari Togee (shukri)
"ketupat dianyam di pagi hariberjamu selera sanak saudara ramadan berlalu tiba aidillfiri maaf ku pinta..segala dosa daripada Riduan sekeluarga".
"Walau langkah tidak bertemu ,tangan tidak berjabat ucap tidak terdengar,namun izinkan hati memohon maaf setulusnya Selamat menyambut aidilfitri maaf zahir dan batin dari azman sekeluarga".
"Tiada kata seindah zikir,Tiada ibadat seindah puasa,tiada hari seindah jumaat,tiada bulan seindah ramadan,tiada waktu seindah syawal,untuk itu izinkan kedua tapak tanganbertangkup memohon maaf untk kata yg terlanjur,janji yang terabai,hati yang berperangskadan semua sikap yang menyakiti hati agar kita kembali kepada fitrah ,selamat hari raya aidillfitri maaf zahir dan bati dari abg nuar sekeluarga"
"bergurau tak selalu tapi mesra.Berkasih tak dalam tapi kekal senyuman mungkin tak manis tapi IKLAS .Hati mungkin tak cinta tapi rindu selalu,Mesage mungkin tak kerap tapi ingat sentiasa (ahaaa tahu tak pa)Selamat hari raya maaf zahir dan batin dariapada Amizham"
"lepas jumaatcari sabtu,agak2 nampak tak ahad..agar di ingatkan isnin..saja nak bagitau selasa supaya tak lupe rabu dah raya .Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari zeyta azman n family"
"Walau langkah tidak bertemu tangan tidak berjabat , ucap tidak berdengar,mata tak bertentang mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata tersilap memandang,telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata ,hati tersalah menduga salam aidilfitri maaf zahir dan batin dari Amir man"
"kad raya kilang dah bagi kena setem terasa rugidengan sms penganti diri selamat menyambut aidilfitri cucuh mercun pakai pelita nenek melompat atuk ketawa ampun maaf tetp di pinta selagi jasad di kandung nyawa...Adon gerong"
"pagi raya line busy gile maki pun tak gune maxis celcom digisame je,orang pandai atak tungu pagi raye ari ne pon bole aje ampun maaf di pinta selamat hari raya maaf zahir dan bati dari pakyeh sekeluarga"
"jambangan indah lagi berserimenjadi hiasan di aidilfitri sms di kirim penganti diri tanda ingatan tak layu di hati selamat hari raya maaf zahir dan batin dari mat lena "
"naik kapal ke pulau undan bawa bersama buah peria sehari lagi nak habis ramadan selamat meyambut hari raya maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga mahazan "
Yang nih saja sms yang dapat aku paparkan yang lain tak larat aku nak editkan apa2 pun aku ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang hantar .
Posted at 01:01 am by
jerungsopan
Permalink
Satu artikel pasal pancing?...tak abis ngan pancing
memancing???/
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
Artikel nih aku copy dari satu blog hamba Allah bagus ayat dia aku suka.
Posted at 01:04 am by
jerungsopan
Permalink